Assalamualaikum..
Seronok rasanya bila dapat pegi kelas tafsir di madrasah.. tgk budak2 kecik hafal quran semua nya muka jernih2..
Special thanks to Fatin sebab ingatkan saya utk pegi sama ke kelas tu.. kalau pagi ahad biasanya releks2 di aptment aje.. tapi skg dh ade jadual baru.. :)
Beberapa hari balik dari bercuti, dpt sms dari fatin, katanya nak saing ke kelas tafsir..sy pun ok aje la sebab tak de banyak keje sgt awal2 sem ni..
petang sabtu, fatin n ayu datang, tido kat MMU n pagi2 ahad kat dah gerak ke kelas... alhamdulilah seronok dapat pegi.. Semoga sy dpt istiqamah belajar ilmu agama.. cari2 n curi2 masa utk menuntut ilmu..
kat kelas, dpt kenal andak n fiza.. walaupun kelas blum ramai lagi, tapi alhamdulillah rasa tenang bila ustaz mengajar.. kata ustaz, dia nak semua yg datang ni dia harap dpt jadi ustazah suatu hari nanti..(dlm hati sy berkata:.. erk.. ustaz nih biar benar.. buleh ke sy jd ustazah?) pastu ustaz sambung.. "kena la ada target.. kalau tak jd ustazah betul2 pun, jd ustazah utk keluarga sendiri pun dah ok.." (huh.. lega..) :)
hari kedua ke kelas... cuma 5 org je yg hadir.. minggu ni lagi best.. sebab jumaat tu pegi UIA, ada kuliah tafsir oleh Sheikh Nuruddin sepanjang hari Sabtu.. malam ahad tu tido umah kak Aida, n pagi Ahad kemi sama2 ke kelas tafsir.. Alhamdulillah.. benar.. Allah akan membantu hambanya kalau kita btul2 berazam dalam perkara yang baik.. masa di masjid UIA, Allah pertemukan dgn Ju n the geng ;), jumpa nida' , nazirah, mimi dan KAK RIN..
MasyaAllah... sungguh Allah Maha Kuasa.. ape2 pun, sy tak terkejut jumpa Kak Rin.. sebab kami selalu "ada jodoh.." selalu terjumpa kak rin tanpa dijanji.. kak rin selalu ckp,..(Nisa', akak selalu ade jodoh dgn kamu ni.. tak perlu janji, lama2 skali, mesti bertemu..) Saya hanya mampu mengiyakan je la.. sebab mmg betul pun ckp kak rin.. Sy tak rasa risau dan rindu kak rin sebab sy tau, Allah ada menjaga dia.. sampai masa nanti mesti dapat jumpa dia dengan izin Allah.. :)
Di kelas tafsir, minggu lepas, ada 1 cubaan yg Allah bg kat kami di kelas.. Alhamdulillah ujian tersebut dapat kami lalui dengan selamat.. (sape yg pegi tu dia tau la ape ujian nya..) :)
Esok, tak sabar nak pegi kelas tafsir lagi.. sy rasa aman bila berada di sana..moga Allah istiqamahkan hati saya untuk menuntut ilmu... amin..
p/s: to my parents.. thanks a lot for your support... ;)
Saturday, February 24, 2007
Thursday, February 08, 2007
Berkenalan Dengan Hukuman Hudud
Hafiz Firdaus Abdullah
Hukuman Hudud adalah salah satu dasar penting dalam syari`at Islam. Selagi mana mampu, ia wajib dilaksanakan dalam negara-negara Islam dan umat Islam perlu redha dengan perlaksanaannya.
Saya yakin kenyataan dalam perenggan pertama di atas diketahui oleh umat Islam. Namun apa, mengapa dan bagaimana hudud tersebut, ia masih samar-samar. Jika ia samar-samar kepada umat Islam, maka bayangkanlah pula pandangan kaum bukan Islam terhadapnya.
Melalui tulisan ini, saya akan cuba, secara ringkas dan sederhana, memberi pengenalan kepada hukuman hudud. Tumpuan ditujukan kepada ciri-ciri hukuman hudud, agar kita umat Islam dapat lebih mengenali dan memahaminya. Pada waktu yang sama saya akan menyelit penjelasan kepada beberapa aspek hukuman hudud yang memusykilkan atau menimbulkan salah faham.
Dalam mengkaji dan menulis artikel ini, saya merujuk kepada al-Qur'an dan kitab-kitab hadis dalam subjek hudud. Kemudian saya melanjutkannya kepada kitab-kitab fiqh, mahu pun buku-buku khas yang membicara subjek hudud. Akan tetapi jika berlaku perselisihan antara sumber-sumber di atas, al-Qur'an dan hadis saya unggulkan di atas selainnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan Hudud?
Mudahnya, hudud ialah menjatuhkan hukuman yang telah ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya ke atas seseorang yang melakukan sesuatu jenayah, dimana jenis jenayah dan cara pembuktian jenazah telah ditetapkan juga oleh Allah dan Rasul-Nya. Jenis jenayah yang masuk dalam kategori hudud ialah murtad, zina, seks sejenis (gay dan lesbian) dan mencuri.
Dalam fiqh Islam, hukuman kepada jenayah dibahagikan kepada tiga kategori:
1. Hudud: sepertimana yang dijelaskan di atas.
2. Qishash, iaitu balasan setimpal ke atas sesuatu jenayah yang dilakukan. Qishash lazimnya merujuk kepada jiwa dan anggota badan. Jika seseorang itu mencederakan tangan seseorang, maka hukuman qishash ialah mencederakan kembali tangan orang yang mencederakan. Namun yang dicederai memiliki pilihan untuk mengenakan denda atau memaafkan orang yang mencederakannya.
3. Takzir, iaitu hukuman yang tidak ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya. Kadangkala bentuk dan kadarnya ada dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya, namun ia tidaklah bersifat mengikat. Perubahan boleh dilakukan oleh hakim berdasarkan faktor-faktor yang melatarbelakangi jenayah dan penjenayah berdasarkan kes demi kes.
Takzir juga diterapkan ke atas jenis jenayah yang sebelum ini tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya atau terhadap jenayah yang dibuktikan dengan cara yang berbeza. Sebagai contoh, jika kes rogol dibuktikan dengan ujian DNA atau kes menggelap wang syarikat dibuktikan melalui cara audit balance sheet, maka jenayah ini dan hukumannya masuk dalam kategori takzir. Walaubagaimana pun bab ini masih terdapat perbincangan di kalangan ilmuan Islam.
penawar: Takut lah pada Allah... kita tak punya apa2 selain DIA..

Subscribe to:
Posts (Atom)